DALAM meniti kehidupan yang penuh mencabar hari ini, ada ibu bapa yang mengabaikan aspek penjagaan dan kasih sayang anak kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan.
Renunglah panduan berikut untuk membentuk jati diri si anak serta kebahagiaan sekeluarga:
• Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri. (Nama panggilan yang baik digalakkan di dalam Islam).
• Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan akal atau daya fikir lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.
• Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak
lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.
• Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
• Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana mereka yang akan mencorak masa depan negara kelak.
• Usah mengeluh dalam mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak rasa diri mereka sebagai beban.
• Dengar cerita anak kerana cerita itu mungkin tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap.
• Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Tuesday, January 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment